Hari Sukan Negara 2015

  • Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan Hari Sukan Negara akan diraikan pada Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. 
  • Selaras dengan Bajet 2015, Kerajaan akan mengambil langkah yang bersepadu ke arah mentransformasikan Malaysia kepada negara bersukan.
  • Kerajaan berhasrat untuk bukan sahaja menggalakkan budaya bersukan tetapi menitikberatkan penglibatan bersama atau ‘mass participation’ dalam aktiviti-aktiviti sukan yang akan merapatkan hubungan rakyat antara satu sama lain tanpa mengira umur, bangsa dan kepercayaan agama.
  • “Di samping itu, gaya hidup sihat dengan bersukan juga dapat mengatasi masalah obesiti dalam kalangan rakyat negara ini, yang menjadi penyebab kepada penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi,” katanya.
  • Oleh itu, pada 10/10/2015 SK Seri Bukit Batu telah mengambil bahagian dengan melakukan pelbagai aktiviti sukan sempena menyahut seruan kerajaan.











Majlis Restu Ilmu Untuk UPSR 2015


  • Pada 7/9/2015 telah diadakan Majlis Restu Ilmu bagi pelajar yang akan mengambil Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2015 bertempat di Dewan SK Seri Bukit Batu, Muar.
  • Majlis diadakan untuk memberi kata-kata nasihat dan tips yang berguna kepada para pelajar sebelum menghadapi peperiksaan yang sebenar.
  • Para pelajar juga akan bersalaman dengan semua guru dan bermaafan.
  • Sumbangan daripada pihak Pejabat Pendidikan Daerah Muar (PPD) berupa alat tulis juga telah diberikan pada majlis ini untuk semua pelajar.


Guru Besar, En.Latib bin Kiat sedang memberi ucapan.




Ucapan daripada guru subjek Bahasa Melayu, Pn.Rozila

Ucapan daripada guru subjek Sains, Pn.Noriah

Ucapan daripada guru subjek Matematik, En.Hata

En.Latib menyerahkan sumbangan daripada pihak PPD kepada para pelajar.


Sesi bersalaman dan memohon restu.







Sambutan Hari Raya 2015


  • Sambutan Hari Raya SK Seri Bukit Batu telah diadakan pada 6 Ogos 2015 iaitu pada hari Khamis.
       Objektif:
       - Selepas program ini seluruh warga sekolah dapat;
  • Membentuk sahsiah diri yang tinggi dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.
  • Menghormati dan menghayati bahawa setiap kaum mempunyai perayaan yang berbeza dan boleh diraikan oleh semua kaum.
  • Mengamalkan cara hidup yang baik dengan bermaaf-maafan dan menghormati antara satu sama lain.








Majlis Khatam Al-Quran & Penyampaian Sumbangan Aidilfitri 1436H/2015


  • Majlis telah diadakan pada tarikh 13 Julai 2015 bersamaan hari Isnin bertempat di Dewan Sk Seri Bukit Batu. 
  • Objektif:
  • Membudayakan pembacaan Al-Quran sempena Ramadhan
  • Melahirkan insan bertakwa dan menghayati Ramadhan
  • Mengukuhkan ikatan silaturrahim antara guru dan murid.
  • Tentatif:
  • Perhimpunan pagi
  • Khatam Al-Quran
  • Penyampaian Cenderahati
  • Penyampaian sumbangan
  • Ucapan Guru Besar
  • Bersurai





Hari Silaturahim & Hari Kantin 2015


  • SK Seri Bukit Batu, Muar telah mengadakan Hari Silaturahim & Hari Kantin pada tarikh 16 Jun 2015 bersamaan hari Selasa yang lalu di perkarangan kawasan perhimpunan sekolah.
  • Objektif aktiviti ini diadakan adalah:
  1. Membincangkan prestasi kemajuan murid antara ibu bapa dan guru.
  2. Memupuk semangat kerjasama antara guru, murid dan staf.
  3. Menambahkan pendapatan kelab staf.
  4. Menanamkan minat usahawan di kalangan murid.










Sambutan Hari Guru 2015


  • Pada 17 Mei 2015 / Khamis telah dijalankan Sambutan Hari Guru 2015 bertempat di Dewan Sk Seri Bukit Batu bertemakan 60an.
  • Tema bagi tahun ini ialah Guru: Membina Ilmu, Menyempurnakan Akhlak.
  • Majlis telah diserikan dengan pelbagai aktiviti oleh guru dan persembahan daripada pelajar.
  • Selamat Hari Guru untuk semua guru SKSBB.

'Terima Kasih Cikgu, Jasamu KuKenang'




Wakil Puteri UMNO hadir menghadiahkan kek sempena sambutan Hari Guru.
 
Sir Muruga 
Dari kiri: Cikgu Latifah, Cikgu Jezuin, Cikgu Pura dan Cikgu Mawadah.