Selamat Tahun Baru 2016!


  • Selamat kembali ke sekolah bagi Sesi 2016 diucapkan kepada semua guru dan pelajar.
  • Moga tahun ini lebih maju dan berjaya.

Majlis Persaraan Pn.Hjh.Ruhaila binti Bahrom



  • Pn.Hjh.Ruhaila telah berkhidmat di Sk Seri Bukit Batu selama 13tahun bermula 1 April 2002 hingga 30 November 2015.
  • Majlis persaraan telah diadakan di sekolah pada waktu pagi dan petang di Marina Bay Tanjung Agas, Muar.
  • Sesi persekolahan November yang lalu adalah detik-detik terakhir beliau bertugas sebagai guru sekolah. Segala usaha,jasa dan keringat beliau akan sentiasa diingati oleh semua pelajar dan rakan-rakan sekerja.
  • Semoga sentiasa sihat dan bahagia diucapkan kepada Pn.Hjh.Ruhaila sekeluarga.
'JASAMU DIKENANG'









Majlis Anugerah Kecemerlangan & Konvokesyen PraSekolah 2015


  • Majlis Anugerah Kecemerlangan & Konvokesyen PraSekolah 2015 SK Seri Bukit Batu telah diadakan pada 17 November 2015 bertempat di Dewan Sekolah.
  • Majlis telah dirasmikan oleh En.Abd.Gani Bin Ahmad Musman (YDP PIBG, SKSBB)
  • Majlis Anugerah ini bertujuan memberi pengiktirafan kepada murid yang berjaya dan cemerlang dalam pelajaran di bidang kurikulum dan kokurikulum. Majlis ini juga diharapkan dapat mengeratkan hubungan pihak sekolah dengan ibu bapa.
  • Tahniah dan syabas kepada mereka yang menerima anugerah. Semoga pengiktirafan ini dapat mendorong murid gigih berusaha untuk pencapaian yang lebih cemerlang dalam penilaian kurikulum,kokurikulum dan sahsiah pelajar.



Guru Besar, En.Latip bin Kiat bersama penerima 5A UPSR bagi tahun 2015, M.Aiman Haqim bin Aminuddin