Profil Sekolah


Sejarah SK Seri Bukit Batu, Muar 


     Pada mulanya, sekolah ini hanyalah sebuah bangunan kayu berdinding dan beratapkan zink yang telah dibina oleh penduduk tempatan secara gotong-royong yang diketuai oleh Allahyarham En.Othman bin Md.Amin sebagai Ketua Kampung Bukit Batu pada masa itu dan penghulu mukim Bakri, Allahyarham En.Yahya bin Hj.Ab.Aziz sebagai penasihat.

     Anggaran perbelanjaan bangunan ini sebanyak RM800.00 merupakan hasil sumbangan dan amal jariah daripada orang ramai bagi menjayakan pembinaan sekolah tersebut. Pada 18 Feb 1951, sekolah ini telah dijadikan sebuah sekolah rakyat. Dalam tahun 1959 pula, sekolah ini telah menjadi sekolah kerajaan.

    Bangunan baru separuh kekal pula telah siap dibina dalam tahun 1969 dan dirasmikan pada 11 Sept 1971 oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Hj Othman bin Hj.Md.Saat dengan anggaran belanja RM 50 000.00 mengandungi:

  • Sebuah bangunan enam bilik darjah dan bilik guru besar 
  • Sebuah kantin 
  • Sebuah bangunan untuk tandas guru dan murid 

    Pada masa kini, SKSBB telah menambah bangunan sekolah kepada 2 blok baru. Gurunya juga telah bertambah seramai 27 orang,5 kakitangan sekolah dan 4 orang pekerja swasta bagi memastikan kebersihan sekolah. Sekolah ini juga mempunyai makmal komputer dan pusat akses bagi memahirkan murid menggunakan peralatan ICT dari peringkat awal lagi. Malah amat membanggakan apabila bangunan baru mampu memuatkan beberapa buah kelas dan bilik-bilik tertentu untuk kemudahan murid-murid khasnya dan warga SKSBB amnya.

    Bagi warga sekolah, kewujudan PKG Bakri amat disyukuri selain pengiktirafan Denai Alam sekolah sebagai Pusat Ko-kurikulum Negeri Johor, Cawangan Muar. Kini, Denai Alam SK Seri Bukit Batu menjadi tumpuan sekolah-sekolah dalam negeri Johor untuk melaksanakan kem kepimpinan, perkhemahan, latihan jati diri dan sebagainya.

SKSBB ketika masih berbangunan kayu.

Kantin

Kelas & Bilik Guru.

Pada salah satu majlis.

Bahagian belakang.

Pelajar di dalam kelas.



No comments:

Post a Comment